Saturday 4 February 2012

2 Terusan terbesar di dunia

Terusan ialah laluan air buatan manusia yang selalunya disambungkan dengan tasik, sungai, atau laut. Terdapat dua jenis terusan iaitu terusan untuk tujuan pertanian (mengalirkan air ke tanaman) dan terusan untuk tujuan pengangkutan air.
Terusan pengangkutan yang kecil dapat menampung sampan-sampan dan kapal-kapal kecil manakala terusan perkapalan dapat menampung kapal-kapal besar dan dapat disambungkan terus ke laut.Berikut ini adalah 2 terusan di dunia





1. Terusan Suez

Terusan Suez (bahasa Arab: قناة السويس) (Qanā al-Suways), merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), berfungsi diantara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropa dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut.
Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah.
Suezmax merujuk kepada istilah maritim untuk kapal-kapal besar yang muat memasuki Terusan Suez dengan muatan penuh, yang selalunya digunakan untuk kapal tangki. Memandangkan terusan ini tidak memiliki pintu air, halangan utamanya adalah drauf dan ketinggian di Jambatan Terusan Suez.
Kedalaman terusan ketika ini membenarkan drauf maksimum 16 m (52.5 kaki), menyebabkan kebanyakan kapal tangki besar dengan muatan penuh tidak mampu melepasinya. Mereka perlu memindahkan muatan ke kapal lain ataupun ke terminal saluran paip sebelum dibenarkan melepasi, atau memilih untuk mengelak terusan ini dan mengelilingi laluan Tanjung Harapan. Terusan ini sedang didalamkan sehingga 18 ke 20 m (59.1 ke 65.6 kaki).


2. Terusan Panama 

Terusan Panama (bahasa Sepanyol: Canal de Panamá) ialah terusan kapal utama yang merentasi Segenting Panama di Amerika Tengah dan mengaitkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Pembinaan terusan ini merupakan salah satu projek kejuruteraan terbesar dan paling susah yang pernah dilakukan. Ia mempunyai kesan yang hebat pada perkapalan antara kedua-dua lautan tersebut, dan menyebabkan laluan yang panjang dan berbahaya melalui Laluan Drake dan Cape Horn di hujung paling selatan Amerika Syarikat tidak diperlukan lagi. Jarak pelayaran dari New York ke San Francisco melalui terusan ini ialah 9,500 kilometer (6,000 batu), manakala jarak dahulu mengelilingi Cape Horn ialah 22,500 kilometer (14,000 batu).
Walaupun konsep untuk sebatang terusan di Panama telah wujud sejak dari awal abad ke-16, percubaan pertama untuk membina sebuah terusan bermula pada tahun 1880 di bawah pimpinan Perancis. Selepas percubaan itu gagal, kerja itu akhirnya disiapkan oleh Amerika Syarikat, dengan terusan tersebut dibuka pada tahun 1914. Pembinaan terusan sepanjang 77 kilometer (48 batu) dilanda oleh berbagai-bagai masalah, termasuk penyakit (khususnya demam malaria serta demam kuning) dan tanah runtuh. Sebanyak 27,500 orang pekerja dianggarkan maut dalam pembinaan terusan ini.
Sejak pembukaannya, Terusan Panama adalah amat berjaya dan terus merupakan laluan utama untuk perkapalan antarabangsa. Ia membekalkan laluan kepada melebihi 14,000 buah kapal yang membawa muatan melebihi 203 juta tan setiap tahun. 14,011 buah kapal melalui terusan ini pada tahun 2005, dengan jumlah muatan sebanyak 278.8 juta tan, iaitu hampir 40 buah kapal setiap hari.

No comments:

Post a Comment