يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)
.TAFSIR:
.Sesungguhnya Allah SWT memulakan ayat ini dengan seruan يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا. Menunjukkan di sana ada berita penting yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita dengan harapan supaya kita mengambil perhatian mengenainya.
.Sesungguhnya Allah SWT memulakan ayat ini dengan seruan يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا. Menunjukkan di sana ada berita penting yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita dengan harapan supaya kita mengambil perhatian mengenainya.
.
Samalah seperti seseorang yang ingin mencuri perhatian sahabatnya sebelum beliau menceritakan sesuatu perkara penting kepadanya, selalunya beliau akan memanggil namanya untuk menunjukkan bahawa ada perkara penting yang ingin beliau khabarkan.
Samalah seperti seseorang yang ingin mencuri perhatian sahabatnya sebelum beliau menceritakan sesuatu perkara penting kepadanya, selalunya beliau akan memanggil namanya untuk menunjukkan bahawa ada perkara penting yang ingin beliau khabarkan.
.
Ketika
zaman Rasulullah SAW, ketika mana-mana ayat yang diturunkan kepada
Muhammad SAW dimulakan dengan lafaz an-nida' (seruan) ini, para sahabat
akan memberikan tumpuan ketika ia dibacakan kerana mereka tahu bahawa
terdapat perintah baru yang ingin disampaikan oleh Allah SWT khusus
buat mereka, contohnya seperti ayat ini. Begitu juga dengan orang-orang
mukmin selepasnya, apabila mereka membaca ayat-ayat seumpama ini ...
mereka harus sedar bahawa 'khitab' tersebut ditujukan buat mereka juga
yang mana ada perkara yang tersangat penting yang disampaikan yang
perlu mereka amati samada ia berupa perintah untuk melaksanakan atau
perintah untuk meninggalkanPUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya
RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah
Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb
Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t
Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan
Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja
Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.
No comments:
Post a Comment